Membawang Hari Ini

Mizz Nina, Noh sertai misi kemanusiaan ke Palestin bulan depan

KUALA LUMPUR: Pasangan selebriti, Mizz Nina dan Noh Salleh bakal menyertai misi kemanusiaan ke Palestin, Winter in Al-Aqsa, bermula 9 hingga 16 Januari depan.

Misi murni berkenan adalah yang ketiga diadakan oleh pergerakan Islam, Into Taqwa, ke lokasi bergolak itu. Mizz Nina yang dihubungi BH Online mengakui cukup bersemangat dan teruja menyertai program terbabit.

“Alhamdulillah, pemergian kali ini akan menjadi kembara pertama saya bersama suami melawat Masjid Al-Aqsa dan kawasan sekitarnya bersama Into Taqwa Malaysia.

“Niat dan tujuan utama saya menyertai serta menyokong misi pergerakan ini adalah untuk meraih sokongan selain mengumpul dana bagi membantu rakyat Palestin dan Masjid Al-Aqsa,” katanya.

Ketika ini, mereka difahamkan terus berusaha mengumpul sumbangan yang disasarkan sebanyak RM50,000 bagi membantu golongan memerlukan di sana. Kata beliau lagi, dirinya juga tidak sabar untuk menjejakkan kaki ke bumi Palestin bagi merasai dengan lebih dekat apa yang dilalui rakyatnya.

“Saya teruja untuk belajar sejarah Islam dan melihat realiti sebenar kehidupan mereka. Begitu juga keinginan untuk bertemu ketua Imam Masjid Al-Aqsa.

“Saya turut berharap misi ini akan mendapat sokongan berterusan, termasuk pemberian sumbangan selain menitip doa supaya perjalanan kami akan berjalan lancar dan dipermudahkan,” katanya.

Into Taqwa Malaysia mula ditubuhkan sejak 2012 dan dilancarkan secara rasmi pada Mac lalu.

Bagi mereka yang ingin sama-sama menghulurkan sumbangan dan mendapatkan maklumat lanjut mengenai misi terbabit, bolehlah merujuk Instagram rasmi pertubuhan itu di bawah nama @intotaqwa_malaysia.

-Bh online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");