Sukan Hari Ini

Mourinho puji aksi Mkhitaryan

PENGENDALI Manchester United, Jose Mourinho memuji persembahan dipamerkan Henrik Mkhitaryan yang mempamerkan aksi menakjubkan untul membantu membenam Zorya Luhansk 2-0 awal pagi semalam.

Kemenangan itu memastikan kemaraan United ke peringkat kalah mati setelah menjadi naib juara Kumpulan A.

“Saya puas hati dengan persembahan Mkhitaryan yang memanfaatkan peluang yang diberikan kepadanya.

“Dia mempunyai keinginan untuk kembali ke prestasi sebenarnya dan dia melakukan dengan baik.

“Dia berlatih sangat keras dari segi fizikal dan kami tahu dia mampu menyinar.

“Saya yakin dia mampu jadi lebih baik dalam setiap perlawanan,” katanya.

Sejak dibeli dari Borrusia Dortmund, Mkhitaryan jarang diberikan kesempatan untuk bermain selain turut dihantui kecederaan.

Dalam perlawanan itu, Mkhitaryan membuka jaringan buat United pada minit ke-48 menerusi larian solo menarik sebelum Zlatan Ibrahimovic menggandakan jaringan pada minit ke-88.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");