Berita Hari Ini

MRT Sungai Buloh beroperasi 16 Disember

SUNGAI BULOH: Perkhidmatan Mass Rapid Transit (MRT) laluan pertama Sungai Buloh-Kajang (SBK) bakal memulakan operasi pada 16 Disember depan.

Sebanyak 112 bas perantara disediakan melalui 26 laluan di sekitar 12 stesen yang akan beroperasi untuk fasa satu iaitu dari stesen Sungai Buloh hingga Semantan.

Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Mohd Azharuddin Mat Sah, berkata laluan bas akan melalui kawasan perumahan sekitar 10 kilometer dari setiap stesen MRT.

“Dengan adanya bas yang masuk ke dalam kawasan perumahan, kami berharap orang ramai lebih menggunakan perkhidmatan MRT dan meninggalkan kereta mereka di rumah.

“Walaupun perkhidmatan MRT hanya setakat stesen Semarak, kita turut menyediakan bas pengantara untuk ke KL Sentral yang frekuensinya 10 hingga 15 minit setiap perjalanan, malah caj hanya RM1 kesemua lokasi yang ditetapkan,” katanya pada sidang media mengenai perkembangan semasa MRT fasa satu, di sini hari ini.

Mohd Azharuddin berkata, SPAD amat positif dengan perkembangan MRT dan dengan pembukaan perkhidmatan itu penduduk di sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang dapat menikmati rangkaian baharu bas.

MRT Lembah Klang laluan Sungai Buloh-Kajang (Laluan 2) bakal siap sepenuhnya dan dijangka memulakan operasi pada 1 Julai 2017.

“MRT turut membeli 300 bas untuk kegunaan dan kemudahan orang ramai bagi menggalakkan mereka menggunakan perkhidmatan awam,” katanya.

-Berita Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");