Sukan Hari Ini

Mudah atasi Austria

Kuala Lumpur: Pasukan negara diketuai Datuk Nicol David melangkah penuh bergaya ke suku akhir Kejohanan Berpasukan Wanita Dunia di Paris tanpa perlu bermandi peluh.

Ketiga-tiga pemain negara beraksi kurang sejam secara keseluruhan untuk menewaskan pasukan kerdil Austria 3-0.

Beraksi mengikut peraturan 2-1-3 berdasarkan ranking pemain, mata pertama negara dihadiahkan Delia Arnorld yang menewaskan Sabrina Rehman 11-3, 11-3, 11-8 dalam tempoh 21 minit.

Manakala Nicol yang kini menghuni ranking keenam dunia, kedudukan terendah dalam tempoh 12 tahun sejak 2004, hanya memerlukan 17 minit untuk meraih mata kedua menundukkan Sandra Polak 11-3, 11-2, 11-1.

Rachel Arnold yang membuat penampilan pertama di kejohanan itu menggantikan tempat S Sivasangari sebagai pemain ketiga negara mengatasi Judith van der Merve 11-7, 11-3, 11-6 dalam 19 minit.

“Saya berdepan perlawanan mudah kali ini berbanding dua perlawanan sebelum ini dengan Nicol juga berdepan situasi sama.

“Namun adik saya Rachel sedikit gementar di awal perlawanan namun kembali mendapat rentak di pertengahan set pertama dan kemudiannya terus cemerlang meraih mata kemenangan.

“Ia satu permulaan yang baik buat Rachel,” kata Delia.

Kemenangan itu menyaksikan Malaysia menamatkan saingan sebagai juara Kumpulan C dan akan menentang Hong Kong pada aksi suku akhir selepas pasukan pilihan keempat itu dikejutkan tuan rumah Perancis 1-2.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");