Sukan Hari Ini

Muhammad Rafiq raih pingat perak di Doha

MUHAMMAD Rafiq Ismail menceriakan pasukan Malaysia apabila meraih pingat perak pada Kejohanan Boling Perseorangan Dunia di Doha, Qatar pada Jumaat.

Pemain skuad elit remaja negara itu menampilkan tentangan sengit sebelum tewas 205-256 kepada Jesper Agerbo dari Denmark pada saingan akhir perseorangan lelaki.

Kejayaan meraih pingat perak itu adalah pencapaian terbaik Malaysia pada Kejohanan Boling Perseorangan Dunia selepas Esther Cheah memenangi gangsa dalam kejohanan sulung di Cyprus pada 2012.

Pada saingan separuh akhir, pemain negara berusia 19 tahun itu mengalahkan pemain Hong Kong, Michael Mak, 235-224 untuk mara ke peringkat akhir. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");