Jenayah

‘Mungkin petanda kurang baik’

Melaka:“Biasanya, setiap pagi meja di depan kedai menjadi pilihan pelanggan singgah untuk bersarapan. Entah mengapa pagi tadi (semalam), tidak ada yang berminat duduk di bahagian berkenaan, mungkin itu petanda akan berlaku kejadian kurang baik.

“Jika meja di depan kedai dipenuhi pelanggan seperti biasa pasti, insiden lebih buruk berlaku,” kata pemilik sebuah restoran dikenali sebagai Andy, 26, selepas sebuah Perodua Myvi hilang kawalan lalu merempuh premisnya
di Jalan Melaka Raya 12, semalam.

Dalam kejadian jam 9.45 pagi, wanita warga emas berusia 70-an yang memandu kereta itu dikatakan sedang membetulkan kedudukan keretanya dalam petak parkir apabila dia dipercayai tertekan pedal minyak hingga merempuh restoran itu.

Difahamkan, sebelum kejadian, wanita itu bersama suaminya singgah di restoran berkenaan untuk bersarapan, namun tidak lama kemudian dia keluar untuk membetulkan kedudukan keretanya yang senget.

Menurut Andy, rempuhan itu menyebabkannya cemas kerana bimbang ada yang tercedera berikutan ketika itu restorannya dipenuhi pelanggan yang singgah untuk bersarapan.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");