Jenayah

Murid lelaki ditemui lemas

Marang: Murid lelaki ditemui lemas selepas dipercayai tergelincir jatuh ke dalam Sungai Buaya dalam kejadian di belakang Sekolah Kebangsaan Bukit Payong di sini, semalam.

Mayat mangsa dikenali sebagai Megat Nazmi Asraf Megat Mohd Nizam, 12, ditemui pasukan penyelamat pada jam 8.21 pagi tadi kira-kira 200 meter dari lokasi dia dilaporkan lemas.

Mangsa sebelum ini dikatakan lemas ketika mandi bersama tiga rakannya jam 6.50 petang semalam.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Wakaf Tapai Penolong Penguasa Bomba Suriati Ariffin berkata, mayat mangsa dijumpai di dasar sungai ketika anggota melakukan selaman sebelum mayatnya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

“Operasi mencari dan menyelamat bermula jam 7 pagi tadi membabitkan pelbagai agensi seperti bomba, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Sukarelawan Malaysia, pasukan bomba sukarela, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan penduduk kampung,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintenden Mohd Suhaimi Ali berkata, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga untuk urusan pengebumian.

Katanya, kes diklafikasikan sebagai mati mengejut.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");