Sukan Hari Ini

Mustafi kembali perkuat Arsenal

PERTAHANAN kental Arsenal Shkodran Mustafi disahkan telah pulih daripada kecederaan dan akan kembali dalam kesebelasan utama The Gunners.

Pengendalinya, Arsene Wenger juga memberi bayangan pemain itu akan diturunkan dalam perlawanan menentang Crystal Palace, awal pagi esok.

Mustafi sebelum ini tidak diturunkan selama tiga minggu akibat kecederaan hamstring yang dialami.

Bagaimanapun khabar duka turut mengiringi kem Wenger apabila Kieran Gibbs pula mengalami kecederaan lutut.

“Mustafi mungkin boleh diturunkan esok, tetapi Gibbs baru menjalani pembedahan lutut. Jadi dia terpaksa direhatkan,” katanya.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");