Membawang Hari Ini

Nabil, Jihan pun dikritik – Amar

KUALA LUMPUR: Penyampai radio Hot FM, Amar, 28, rela dikritik netizen yang mempersoalkan kredibilitinya mengendalikan program realiti, 3 Juara kerana menganggap dirinya masih ‘hijau’ dalam bidang itu.

Amar atau nama sebenarnya, Azizul Ammar Abu Hassan menjelaskan, dia sebenarnya mencabar diri apabila ditawarkan peluang menjadi hos 3 Juara bersama Issey dan Mira Filzah.

“Kami masih baharu dalam bidang pengacaraan. Kami mencuba sebaik mungkin untuk memberi yang terbaik kepada penonton. InsyaAllah, gaya pengacaraan kami dapat diperbaiki lagi.

“Jika diikutkan, pengacara yang sudah membina nama seperti Nabil Ahmad dan Jihan Muse juga bermula dari bawah. Mereka dikritik ketika mula mengacarakan program dulu. Sekarang, lihatlah mereka menjadi antara gandingan pengacara mantap,” katanya kepada BH Online.

Dalam perkembangan terkini, bintang kelahiran program Bintang Mencari Bintang (BMB) itu makin selesa dengan tugas sebagai penyampai radio di Hot FM. Amar mengendalikan segmen Jejaka Dia bersama Issey dan Deen.

Biarpun terikat dengan komitmen di konti setiap petang, Amar berkata, dia menyusun jadual kerja dengan baik.

“Alhamdulillah, gandingan kami dikekalkan hingga tahun depan. Moga kami terus serasi dan menghiburkan pendengar. Tidak sangka pejam celik, sudah setahun kami menjayakan segmen di Hot FM,” katanya.

-BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");