Berita Hari Ini

Najib, Hadi hadir Perhimpunan Solidariti Rohingnya esok

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersama Timbalannya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dijangka menghadiri Himpunan Solidariti Ummah untuk Rohingya, di Stadium Titiwangsa, di sini, esok.

Perhimpunan itu yang dianjurkan badan bukan kerajaan (NGO) Islam Semalaysia dijangka bermula jam 8 pagi.

Ia bagi menyuarakan tanda bantahan terhadap kebencian melampau pihak tertentu terhadap umat Islam di Myanmar.

Etnik Rohingya beragama Islam dilaporkan ditindas dan dizalimi sehingga mendorong ribuan meninggalkan kampung halaman bagi mengelak daripada menjadi mangsa kekejaman yang didakwa membabitkan tentera negara itu.

-Berita Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");