Membawang Hari Ini

Nak sambung belajar di luar negara

Pejam celik, pejam celik, perjalanan Najwa Latiff sebagai pelajar jurusan Ijazah Sarjana Muda Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) di UNITAR International University (UNITAR) bakal tamat Mei tahun depan.

Hampir tiga tahun mengabdikan diri sebagai pelajar hingga terpaksa memperlahankan karier nyanyian sama sekali tidak melemahkan semangat Najwa untuk melanjutkan pengajian ke tahap lebih tinggi.

Akui gadis berusia 21 tahun itu, dia kini mengintai peluang menimba ilmu di luar negara.

“Tidak dinafikan tanpa semangat dan disiplin yang kuat saya tidak mampu buat banyak perkara dalam satu masa.

“Sejujurnya menyanyi sekadar hobi dan hanya dilakukan apabila ada masa terluang manakala pelajaran kekal keutamaan kerana saya mahu jadi pensyarah.

“Bagaimanapun, cinta saya terhadap bidang seni tidak pernah padam kerana ia rezeki kurniaan Ilahi. Lagipun, saya menyanyi sejak di bangku sekolah, jadi sudah terbiasa dengan rutin harian yang sibuk.

“Insya-Allah saya bakal menamatkan pelajaran Mei tahun depan selepas selesai menjalani latihan amali di sebuah sekolah. Kemudian saya bercadang melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana di luar negara. Saya masih mencari universiti terbaik dan diiktiraf,” katanya.

Pertaruhkan Biar

Selepas setahun tidak menghasilkan single baharu, Najwa atau nama sebenarnya Najwa Abdul Latif hadir mempertaruhkan lagu Biar.

Kata Najwa, single ke-12 tulisan bersama kakaknya, Ika Latif itu mengambil masa untuk diketengahkan. Ini kerana Najwa perlu memberikan lebih perhatian kepada pengajian memandangkan ini adalah tahun terakhirnya.

“Alhamdulillah sejak dilancarkan dua bulan lalu, sambutan yang diterima terhadap Biar lebih baik berbanding single terdahulu, Satu. Alhamdulillah Biar sudah mencacat tontonan sebanyak 800,00 di YouTube,” katanya.

Kata Najwa, tahun depan dia merancang mengeluarkan album kedua memuatkan 10 lagu. Tujuh daripadanya nukilan bersama Ika, manakala selebihnya kerjasama Najwa bersama komposer muda.

“Jika tiada aral melintang, saya bakal menerbitkan album tahun depan. Kali ini saya akan menggunakan khidmat komposer dan penulis lirik baru supaya hasilnya lebih segar,” katanya.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");