Berita Hari Ini

Nazir Razak Tokoh Terkemuka Di Malaysia, Asean – Mustapa

HANOI: Datuk Seri Mustapa Mohamed mengakui Pengerusi Kumpulan CIMB Group Holdings Bhd Datuk Seri Nazir Razak sebagai salah seorang tokoh terkemuka di Malaysia dan Asean yang lantang dalam menyuarakan pandangan dan menyumbang pemikiran kepimpinan ke arah meningkatkan integrasi ekonomi Asean.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu bercakap semasa pelancaran ibu pejabat dan cawangan pertama CIMB Bank (Vietnam) Ltd di sini, Jumaat, Mustapa berkata, banyak kali juga, Nazir lantang mengkritik pemimpin-pemimpian Asean.

“Kami menghargai antara kritikannya dan ia mendorong kami untuk bekerja lebih keras lagi bagi mencapai integrasi ekonomi lebih erat,” kata Mustapa.

Turut hadir pada majlis itu ialah Nazir, Ketua Eksekutif Kumpulan CIMB Group Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz dan Duta Malaysia ke Vietnam Mohd Zamruni Khalid.

Mustapa berkata CIMB Group menjadi satu satu kuasa pemacu di rantau Asean dalam bidang perbankan Islam, serta menggalakkan perdagangan antara Asean.

“CIMB Bank bukan sahaja peneraju di Malaysia tetapi juga di Asean. Kami berbangga dengan apa yang dilakukan CIMB Bank di Malaysia dan di rantau ini,” katanya. — Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");