Jenayah

Nelayan maut terjatuh laut

Georgetown: Nelayan maut selepas terjatuh ke dalam laut ketika menangkap ikan di 1 batu nautika Barat Daya Pulau Kendi, dekat sini, hari ini.

Pengarah Maritim Daerah Maritim 2 Pulau Pinang, Kapten Maritim Rozali Mohd Said berkata, pihaknya menerima panggilan pada 6.30 pagi daripada rakan mangsa yang memaklumkan kejadian terbabit.

Menurutnya, selepas menerima maklumat, pihaknya melancarkan operasi mencari dan menyelamat dan mayat lelaki berusia 39 tahun itu ditemui pada 8.05 pagi.

“Mayat mangsa ditemui nelayan lain tidak jauh dari lokasi dia terjatuh bot.

“Mayat kemudian dibawa ke Jeti Pasukan Polis Marin Batu Uban untuk tindakan lanjut,” katanya.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");