Jenayah

Nenek, 2 cucu maut, motosikal dirempuh kereta

JELI: Seorang nenek bersama dua cucunya, maut selepas motosikal dinaiki berlanggar dengan kereta di Kilometer 112 Lebuhraya Timur Barat, berdekatan Kampung Batu Melintang, di sini, semalam.

Wan Zubaidah Md Zin, 53 dan Putri Nur Sofea, 2, meninggal dunia di tempat kejadian dalam kemalangan jam 4.40 petang itu.

Putri Nur Syaufina Aurora Mohamad Arielizuan, 4, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Jeli.

Ketua Bahagian Pengurusan Ibu Pejabat Polis (IPD) Jeli, Asisten Superintendan Ahmad Haizan Abdullah, berkata ketika kejadian, Wan Zubaidah menunggang motosikal yang dibonceng dua cucunya dalam perjalanan ke rumah rakannya.

Sebaik tiba di persimpangan iaitu 500 meter dari rumah mereka, motosikal itu dirempuh sebuah kereta dari arah bertentangan.

“Akibat rempuhan itu, Wan Zubaidah dan Putri Nur Sofea meninggal dunia di lokasi, manakala Putri Nur Syufina Aurora, 4, mati di hospital,” katanya.

-BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");