Berita Hari Ini

Nenek raut lidi tampung hidup

MERSING – Seorang nenek berusia 77 tahun mengambil upah meraut lidi untuk dijadikan penyapu bagi menampung kehidupannya, selain bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang diterimanya setiap bulan.

Zainab Hassan atau lebih mesra dipanggil Mok Teh dari Kampung Nelayan Penyabong tinggal dengan dua lagi anak perempuannya yang kurang sihat.

Namun menurut Mok Teh, sudah lama dia tidak menerima upah untuk meraut lidi.

“Selalunya secekak upah Mok Teh terima RM3 hingga RM4. Boleh juga bantu sedikit keperluan dapur.

“Ada orang kampung yang akan hantar ke rumah untuk Mok Teh raut.

“Tapi sekarang dah lama juga tak ada yang hantar,” katanya ketika menerima bantuan barangan keperluan asas disampaikan pegawai Pejabat Penerangan Daerah Mersing di rumahnya di sini, kelmarin.

Dalam pada itu, Mok Teh yang telah kehilangan suami memberitahu, dia akan berjalan kaki ke kedai terdekat untuk membeli barangan keperluan.

“Sebelum ini, Mok Teh naik basikal tapi jatuh, jadi sampai sekarang tak bawa basikal lagi.

“Sekarang ini Mok Teh jalan kaki dan orang kampung yang lalu akan beri tumpang,” katanya yang mempunyai enam anak.

Tambahnya, ada kala orang kampung terutama yang bekerja sebagai nelayan juga akan memberinya ikan untuk dimasak.

Mok Teh memberitahu anak-anak yang lain bekerja di luar daerah dan kehidupan mereka juga bukanlah senang, namun sering pulang menjenguknya.

Dia yang berasal dari Terengganu telah menetap di daerah ini selepas berkahwin dengan suaminya lebih 50 tahun lalu.

“Awal pindah sini Mok Teh tinggal di Teluk Sari, selepas itu baru kami berpindah ke Kampung Nelayan ini. Masa itu suami kerja nelayan.

“Rumah yang depan itu arwah anak angkat Mok Teh tolong siapkan dengan bantuan kerajaan,” katanya.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");