Sukan Hari Ini

Neville tempelak penjaga gol West Ham

BEKAS pemain Manchester United, Phil Neville mengkritik permainan berbahaya penjaga gol West Ham, Adrian semasa melakukan hadangan terhadap Zlatan Ibrahimovic pada aksi Piala Liga Inggeris, awal pagi semalam.

Bentesan berbahaya Adrian tepat mengenai lutut kiri Ibrahimovich sebelum penyerang itu melambung dan jatuh ke tanah.

Bagaimanapun, insiden yang membawa kepada gol pertama United itu gagal dikesan pengadil perlawanan, Mike Jones.

“Ia permainan ganas. Cara Adrian mengangkat kakinya terlalu tinggi, boleh mendatangkan risiko besar kepada Ibrahimovich.

“Jika pengadil dapat melihat insiden itu, sudah tentu Adrian diberi layangan kad…kuning atau merah,” katanya.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");