Sukan Hari Ini

Nice kembali rampas takhta Ligue 1

Paris: Nice kembali mendahului dengan tiga mata di puncak Ligue 1 selepas menang 3-0 ke atas Toulouse berikutan satu lagi aksi mengagumkan, awal pagi semalam.

Biarpun dengan ketiadaan Mario Balotelli yang cedera, tuan rumah menjaringkan dua gol dalam tempoh singkat pada babak pertama menerusi Alassane Plea dan Younes Belhanda sebelum Jean Michel Seri memastikan kemenangan pada babak kedua.

Nice mengumpul 39 mata daripada 16 perlawanan, lebih tiga mata berbanding Monaco yang membelasah Bastia 5-0 kelmarin.

Juara bertahan Paris St Germain ketinggalan empat mata selepas tewas 0-3 kepada Montpellier kelmarin, kekalahan pertama mereka dengan tiga gol dalam tempoh lebih lima tahun.

PSG akan menanti kunjungan Nice Ahad ini.

Stade Rennais naik ke tangga keempat dengan 27 mata hasil kemenangan 2-0 di laman sendiri ke atas St Etienne semalam. – Reuters/harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");