Jenayah

Nyaris dihempap besi

KOTA TINGGI: Gara-gara tidak mengendahkan arahan polis pengiring, seorang pemandu kenderaan serbaguna (MPV) dan penumpangnya nyaris maut apabila kenderaan dinaiki ditimpa muatan struktur besi dari sebuah treler dalam kejadian di Kilometer 11 Jalan Sungai Rengit-Kota Tinggi, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Rahmat Othman berkata, pemandu dan penumpang kenderaan MPV jenis Toyota Prado berkenaan mengalami cedera ringan dalam kejadian berlaku pada kira-kira jam 3 pagi itu.

“Kemalangan dipercayai berlaku semasa treler sedang dalam perjalanan dari arah Pasir Gudang menghala ke Pengerang dengan membawa muatan steel structure.

“Setibanya di tempat kejadian, kenderaan MPV yang datang dari arah bertentangan tidak berhenti dan tidak mengendahkan arahan pengiring polis serta hilang kawalan,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Rahmat berkata, keadaan itu menyebabkan kenderaan MPV berkenaan yang hilang kawalan telah melanggar muatan struktur besi yang dibawa oleh treler dan mengakibatkan kemalangan.

“Pemandu treler tidak mengalami sebarang kecederaan manakala pemandu dan penumpang MPV mengalami cedera ringan.

“Hasil siasatan awal polis mendapati punca kemalangan adalah daripada pemandu MPV yang memandu dalam keadaan berbahaya dan laju” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");