Sukan Hari Ini

Owen Ramal Liverpool Juara, Chelsea Tempat Kedua

LEGENDA bola sepak, Michael Owen meramalkan bahawa Liverpool mampu menjuarai Liga Perdana Inggeris musim ini.

Katanya, sejak dibimbing jurulatih Jurgen Klopp, Liverpool menunjukkan prestasi baik di Eropah, apabila mara ke final Liga Europa dan ke final Piala Liga.

Malah, di musim panas ini mereka terus berada di kelompok teratas carta liga.

Walaupun The Reds dikalahkan 4-3 oleh Bournemouth dua minggu lalu dan kini Chelsea berada di puncak, Owen berkata Jordan Henderson dan rakan-rakannya masih berpeluang menjulang trofi tersebut.

“Saya perlu menyatakan bahawa sebuah pasukan Barat laut akan menang Liga Inggeris tahun ini seperti Manchester City, Liverpool atau Manchester United.

“Saya pilih Liverpool untuk memenangi liga.

“Mereka bermain dengan baik dan tempat kedua saya pilih Chelsea, ketiga Man City dan Arsenal tempat keempat.” – Sportlobster/mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");