Jenayah

Padah main mancis

Subang: Tingkat atas sebuah rumah kedai di Jalan Matahari, Subang Bestari, di sini, musnah dalam kebakaran jam 10.50 pagi semalam, dipercayai berpunca daripada mancis yang dibakar dua beradik berusia antara tujuh tahun dan sembilan tahun.

Ketika kejadian, dua beradik berkenaan ada di rumah kedai dua tingkat itu bersama kakak mereka yang berusia 12 tahun.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh Mohamed Sabri Samsudden berkata, pihaknya menerima panggilan kebakaran jam 10.55 pagi sebelum mengerah tujuh anggota bersama sebuah jentera ke lokasi.

“Tiba di lokasi sembilan minit kemudian, kami dapati bahagian atas rumah terbabit hampir 100 peratus terbakar. Ketika kejadian, tiga penghuni dalam kediaman itu sempat menyelamatkan diri.

“Api dapat dikawal jam 11.50 pagi. Kebakaran dipercayai berpunca daripada tindakan dua kanak-kanak bermain mancis. Ketika itu, ibu bapa mereka tiada di rumah dan kebakaran disedari kakak dua beradik terbabit,” katanya ketika dihubungi.

Punca sebenar kejadian dan jumlah kerugian masih disiasat.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");