Jenayah

Padah sorok barang curi dalam coli

Batu Pahat: Seorang pekerja salun kecantikan dijatuhi hukuman penjara sehari dan didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas tuduhan mencuri dengan menyorokkan produk kecantikan di dalam colinya, 30 November lalu.

Tertuduh, Normala Rahman,24, mengaku bersalah sebaik jurubahasa membacakan pertuduhan di hadapan Majistret Mohd Zulhilmi Ibrahim.

Dua lagi tertuduh juvana turut mengaku bersalah namun Majistret menetapkan 4 Januari depan untuk sebutan semula kes bagi mendapatkan laporan akhlak mereka daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Berdasarkan kertas tuduhan, tertuduh bersama dua lagi juvana dituduh secara bersama-sama mencuri di dalam bangunan produk kecantikan di Butik Blackcube Rich, Parit Raja antara jam 7 malam hingga 8 malam.

Mereka dituduh mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda, bagi kesalahan kali kedua atau kemudiannya hendaklah dihukum dengan penjara dan boleh dikenakan denda atau sebat.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Nur Fariha Najwa Wan Azaham.

Terdahulu, gambar dan video berdurasi lapan minit memaparkan tindakan pekerja salun itu menjadi viral apabila ia dimuat naik oleh pemilik butik terbabit, Ahad lalu.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");