Sukan Hari Ini

‘Padan muka kami’

PENGURUS Arsenal, Arsene Wenger berkata pasukannya layak menerima ejekan peminat sendiri susulan kekalahan 0-2 kepada Southampton, awal pagi semalam.

Kekalahan itu menyaksikan The Gunners gagal menempah slot separuh akhir Liga Piala Inggeris.

Ia juga kekalahan pertama Arsenal dalam 19 perlawanan sejak tumpas 3-4 kepada Liverpool di laman sendiri pada minggu pembukaan Liga Perdana Inggeris.

“Peminat mahukan kemenangan, sebaliknya kami berikan persembahan buruk untuk ditonton mereka. Saya tahu, peminat berhak mengejek pemain dan saya memahaminya.

“Apa pun, persembahan kami memang mengecewakan. Kami longlai sepanjang babak pertama, lemah di beberapa bahagian dan kami menerima hukuman,” kata Wenger.

Pada pertemuan itu, Wenger yang berharap untuk menjulang trofi Piala Liga buat pertama kali melakukan 10 perubahan dalam kesebelasan utamanya.

Namun, percaturannya tidak menjadi apabila bolos dua gol menerusi Jordy Clasie pada minit ke-13 dan Ryan Bertrand m-38.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");