Membawang Hari Ini

Pak Nil jadi ‘Doktor Senyum’ pesakit kanak-kanak

KUALA LUMPUR: Pengacara nombor satu tanah air, Datuk Aznil Nawawi memenuhi keinginan kanak-kanak penghidap sakit jantung berlubang dan serangan angin ahmar, Muhammad Aryan yang mahu menemuinya.

Akui Aznil, permintaan berkenaan disampaikan oleh ibu si kecil berusia lima tahun itu menerusi mesej Whatsapp yang membuatkannya terus ke Pusat Perubatan Universiti Malaya di Petaling Jaya, di sini, semalam.

“Naluri saya tersentuh apabila menerima mesej itu. Ibu Aryan menceritakan keadaan anaknya. Apalah sangat yang saya boleh berikan selain senyuman serta suntikan semangat supaya dia terus kuat.

“Saya tidak mampu mengubati penyakit seperti doktor. Jadi saya bersedia menjadi doktor senyuman kepadanya. Harap kehadiran saya dapat mengurangkan kesakitan yang ditanggung,” kata Aznil menerusi keterangan gambar bersama kanak-kanak itu di Instagram.

Bapa tunggal kepada tiga cahaya mata itu turut mewujudkan tanda pagar #doktorsenyuman sebagai tanda sokongan terhadap Muhammad Aryan di bawah gambar sama.

Aznil atau mesra disapa Pak Nil berkata, awalnya Muhammad Aryan masih aktif seperti kanak-kanak lain walaupun baharu menjalani pembedahan jantung tetapi pada 6 November lalu, dia diserang angin ahmar yang menyebabkan seluruh anggota kirinya lumpuh.

“Harap kita semua dapat mendoakan kesihatan Aryan supaya dia dapat kembali ceria, sihat serta aktif seperti sebelum ini,” katanya yang menerima maklum balas positif pengikut di laman sosial.

-BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");