Berita Hari Ini

Papar laporan pentaksiran pada muka depan slip PT3

Cyberjaya: Kementerian Pendidikan mencadangkan supaya laporan pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Psikometrik (PPsi) serta Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK), dipaparkan di muka depan slip keputusan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3), selain keputusan akademik.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, perubahan format slip berkenaan perlu memandangkan sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah yang dilaksanakan ketika ini berbentuk menyeluruh dan tidak hanya berdasarkan keputusan akademik semata-mata.

Katanya, ketika ini laporan penilaian itu diletakkan di bahagian belakang slip menyebabkan ibu bapa tidak mengendahkannya, sedangkan keputusan itu penting untuk melihat pencapaian anak secara menyeluruh sepanjang tiga tahun berada di peringkat menengah rendah.

“Ketika ini, ibu bapa hanya melihat keputusan berapa A dalam bidang akademik sahaja sedangkan laporan penilaian juga amat penting bagi melihat sejauh mana potensi anak.

“Jadi, kita mencadangkan supaya format slip keputusan PT3 tahun depan diubah dengan memaparkan laporan penilaian di muka depan,” katanya selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Nota Kerjasama Pusat Data Sektor Awam (PDSA) Enstek antara Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) dan Kementerian Pendidikan di sini, semalam.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");