Isu Panas

Parti Amanah Negara ulangi dakyah lama

SHAH ALAM: Walaupun berjaya merampas beberapa negeri daripada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum sebelum ini, pakatan pembangkang masih menyalahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPRM) yang dituduh menjadi alat kepada Barisan Nasional (BN).

Tuduhan itu diulangi Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu yang menyalahkan sistem pilihan raya negara, kononnya menghalang pembangkang untuk menjadi parti memerintah dan membentuk kerajaan.

Beliau mendakwa, sistem ‘first past the post’ (FPTP) hanya memberi kelebihan berterusan kepada UMNO-BN, sama seperti tuduhan yang dilemparkan sebelum ini yang mahukan parti mendapat undi popular diisytihar pemenang walaupun jumlah kerusi dimenangi lebih rendah berbanding lawan.

Sistem berkenaan yang diguna pakai sejak sebelum merdeka lagi, menggunakan kaedah pembahagian kawasan pilihan raya kepada beberapa kawasan. Pemilihan wakil rakyat dibuat untuk setiap kawasan menggunakan kaedah pertandingan undi majoriti.

Mohamad yang menyampaikan ucapan pada konvensyen parti itu di Pusat Konvensyen Shah Alam, di sini hari ini, juga menuduh SPR akan terus menjadi alat kepada UMNO-BN, termasuk mendakwa kononnya persempadanan semula kawasan pilihan raya 2016 mempunyai elemen manipulasi.-berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");