Isu Panas

Pas kesal duta Rusia ditembak

MARANG – Pas menzahirkan kekesalan parti itu terhadap tragedi pembunuhan Duta Rusia, Andrey G. Karlov yang ditembak semasa merasmikan galeri pameran fotografi di ibu negara Turki, Isnin lalu.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, penyiasatan menyeluruh dan telus mestilah dilakukan untuk mencari punca dan dalang di sebalik pembunuhan tersebut.

“Lebih memburukkan lagi, ianya adalah bercanggah dengan Islam. Ini adalah kerana negara umat Islam bertanggungjawab menjaga keselamatan diplomat negara asing walaupun dalam suasana perang sedang meletus,” katanya, di sini, hari ini.

Dalam kejadian itu, Karlov ditembak beberapa kali di bahagian belakang badan oleh suspek yang tidak dikenali ketika menyampaikan ucapan perasmian pameran fotografi di Ankara.

Karlov disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat tembakan tersebut dan difahamkan kejadian berkenaan turut mencederakan tiga orang awam.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");