Isu Panas

‘Pas sedia bincang, tapi jangan bawa lari kerusi kami’

KUALA LUMPUR: Pas sedia mengadakan perbincangan dengan mana-mana parti yang menghormati kerusi partinya.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata demikian ketika ditanya mengenai kerjasama Pas dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menjelang pilihan raya akan datang.

“Yang itu (soal kerjasama dengan Bersatu) nanti kita akan bincang.

“Seperti yang dinyatakan Presiden Pas (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) sebelum ini, Pas memang sedia bincang dengan mana-mana parti, asalkan jangan masuk rumah kami bawa lari kerusi sudahlah,” selorohnya ketika ditemui pada sidang media di sini, hari ini.

November lalu, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengeluarkan kenyataan tentang persetujuan Pas untuk mengadakan perbincangan dengan pihaknya.

Menurutnya, persetujuan itu bagi membincangkan soal kerjasama untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");