Isu Panas

Pas tiada masalah kongsi pentas

SHAH ALAM – Pas Selangor tidak mempunyai masalah untuk mengadakan program bersama dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mahupun Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, setakat ini dua program ceramah umum Pas di Selangor diadakan dengan penceramah-penceramah daripada PKR dan Bersatu.

Beliau berkata, ceramah terkini adalah pada 5 Disember lalu, di mana menyaksikan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ahli Biro Politik PKR, Sivarasa Rasiah bersama Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man di atas pentas.

Katanya, ceramah tersebut merupakan ceramah mega yang menarik sambutan luar biasa dan merupakan satu isyarat kepada penerimaan rakyat terhadap gandingan tiga parti itu.

“Ceramah itu juga membuka mata rakyat kepada kemungkinan-kemungkinan dalam perkembangan politik tanah air.

“Pas memang ada hubungan politik dan hubungan dalam kerajaan dengan PKR…malah ceramah Pas yang melibatkan pimpinan PKR memang kerap diadakan,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, hanya ceramah bersama pimpinan Bersatu di Selangor baharu dimulakan.

“Bagaimanapun, Pas di Kelantan dan Terengganu lebih dahulu menjemput pemimpin Bersatu dalam ceramah-ceramah mereka.

“Tapi kita masih bertegas untuk tidak bersama DAP atau Parti Amanah Negara (Amanah) di atas pentas politik kerana Pas tidak mempunyai hubungan politik dengan mereka,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");