Perak Hari Ini

Pasport Dr Vida Dikembalikan Sementara

IPOH: Mahkamah Sesyen hari ini membenarkan permohonan pasport Pengasas produk Vida Beauty, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman  atau lebih dikenali sebagai Dr Vida untuk dikembalikan sementara kepadanya atas urusan perniagaan ke luar negara dan mengerjakan ibadah umrah.

Peguam tertuduh, Khairil Azwar ketika mengemukakan permohonan itu berkata, Dr Vida perlu melakukan lawatan ke Bangkok, Thailand pada 3 Januari 2017, manakala ke Guangzhou, China (16 hingga 22 Januari); dan seterusnya mengerjakan umrah (26 Januari 3 Februari 2017).

Namun begitu, Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Raja Rozela Raja Toran telah membantah permohonan tersebut dengan menegaskan bahawa pihaknya tidak menerima sebarang surat permohonan daripada pihak tertuduh.

Tambahnya lagi, sebarang permohonan perlu dilakukan melalui afidavit dengan menyertakan jadual perjalanan dan tiket kapal terbang untuk menunjukkan bahawa Dr Vida akan balik berikutan terdapat kemungkinan beliau menggunakan peluang tersebut untuk melarikan diri.

Bagaimanapun, Hakim Murtazadi Amran menetapkan untuk pemulangan sementara pasport tersebut setelah merujuk kepada permohonan dan mendengar hujah yang dikemukakan oleh kedua-dua pihak.

Beliau juga mengarahkan agar pasport Dr Vida dikembalikan semula kepada mahkamah selewat-lewatnya pada 6 Februari 2017.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 9 dan 10 Mac 2017 sebagai tarikh perbicaraan kes tersebut.

Terdahulu, pada 13 Oktober lalu, Dr Vida, 45, mengaku tidak bersalah diatas tuduhan gagal mengemukakan penyata GST dan gagal membayar cukai GST membabitkan jumlah yang dianggarkan RM4.2 juta sejak April 2015 hingga Julai 2016.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");