Panasnya Hari Ini

PAU 2016 : Jangan ‘Simpan’ Ahli, Pemimpin Yang Rosakkan Imej Parti

KUALA LUMPUR : Wakil pembahas dari Negeri Sembilan, Mustapha Nagoor mengingatkan agar UMNO tidak ‘menyimpan’ ahli atau pemimpin yang sering mengeluarkan kenyataan yang boleh merosakkan imej parti.

Jelasnya, langkah tersebut perlu diambil bagi mengelakkan individu berkenaan daripada terus mengeluarkan kenyataan negatif sehingga dibenci rakyat.

“Cakap kena hati-hati, telinga musuh sentiasa menanti, tersilap cakap akan dikeji, merosakkan imej parti.

“Hindari kenyataan negatif, jika ada liabititi yang boleh rosakkan parti, jangan disimpan lagi, risikonya cukup tinggi,”katanya, lapor mstar.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan ucapan dasar presiden pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, hari ini.

Pada masa sama, beliau turut menegaskan bahawa pimpinan parti perlu lebih berani untuk mengambil tindakan terhadap individu sedemikian agar rakyat lebih yakin dengan kepimpinan kerajaan hari ini.

“Jika ini dilakukan, pasti hati rakyat berbunga-bunga. Bila rakyat rasa selesa, kita tak perlu bimbang apa pembangkang kata,”tegasnya.

Jelas Mustapha lagi, apa yang dibahaskan beliau adalah salah satu kaedah untuk menambat hati pengundi bagi memastikan UMNO dan Barisan Nasional memenangi pilihan raya umum akan datang.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");