Berita Hari Ini

PBT perlu adil, jangan jadi alat politik

KUALA LUMPUR – Pihak berkuasa tempatan (PBT) di negara ini dinasihatkan bersikap adil dan lebih bertanggungjawab ketika melaksanakan tindakan dan penguatkuasaan.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar berkata, operasi PBT juga mestilah berdasarkan undang-undang, bukan menjadi alat politik pihak tertentu.

Mengambil contoh premis perjudian yang tumbuh bagai cendawan khususnya di Selangor, beliau berkata, PBT mestilah mengambil tindakan dalam apa juga masalah yang wujud di kawasan masing-masing.

“Banyak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mendesak PBT bertindak terhadap premis judi haram dan mengambil tindakan terhadap salah laku yang wujud di kawasan masing-masing.

“Kalau nak laksanakan tindakan mestilah adil tanpa arahan politik. Jangan ambil tindakan berdasarkan arahan pihak tertentu,” katanya, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan pemilik Sekin Fisherman Village Hotel & Resort, Datuk Seri Jamal Mad Yunos memfailkan saman terhadap kerajaan negeri Selangor, Majlis Daerah Sabak Bernam dan Pejabat Tanah Daerah dan Tanah Sabak Bernam.

Menurut penyataan tuntutan, Jamal mendakwa tindakan menyita dan merobohkan sebahagian resort terbabit adalah bersifat politik.

Noh yang juga Ahli Parlimen Tanjung Karang berkata, PBT mestilah bertanggungjawab memastikan kegiatan judi haram dibanteras dengan lebih serius dan jangan tutup sebelah mata.

Beliau berkata, PBT mestilah melipatgandakan usaha membasmi judi haram ini kerana kegiatan itu boleh menimbulkan masalah sosial yang lain.

“Jika PBT mempunyai kuasa merobohkan resort yang dipercayai beroperasi tanpa lesen, mereka juga boleh berbuat demikian ke atas pusat-pusat judi haram ini,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");