Sukan Hari Ini

PDRM Lakar Sejarah Mara Ke Akhir Piala Emas Raja-Raja

ALOR SETAR: Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mencipta sejarah layak ke perlawanan akhir Piala Emas Raja-Raja 2016 buat pertama kali selepas menewaskan Kedah dengan agregat 4-3.

Walaupun mencatat keputusan seri 1-1 pada aksi separuh akhir kedua di Stadium Darul Aman di sini malam Sabtu, PDRM layak ke final hasil kemenangan 3-2 ke atas Kedah pada separuh akhir pertama di Padang Pulapol, Kuala Lumpur pada 26 November lepas.

Pada aksi perlawanan itu, pemain gantian Haziq Fikri Hussein muncul wira PDRM apabila menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-90, sekali gus meranapkan impian Kedah untuk menempah slot ke final.

Kedah terlebih dahulu berada di hadapan menerusi jaringan Md Nabil Ahmad Altpi yang menolak masuk bola selepas menerima hantaran Mohd Irwan Syazmin pada minit ke-67. – BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");