Jenayah

Pegawai penjara direman

Kota Bharu: Dua pegawai penjara ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga Selasa depan oleh Mahkamah Majistret, di sini, hari ini untuk kes menerima suapan sebanyak RM3,000 daripada bekas banduan.

Perintah tahanan reman dikeluarkan oleh Pendaftar Mahkamah Sesyen, Norida Mohd Husain.

Pengarah SPRM Kelantan, Datuk Moh Samsuddin Yusoff berkata, dua pegawai berkenaan masing-masing berusia 32 dan 38 tahun ditahan di antara jam 7 petang hingga 12 tengah malam tadi.

Katanya, hasil ujian saringan air kencing terhadap beberapa banduan didapati positif dadah dan seorang daripadanya memberi suapan RM3,000 untuk melepaskan diri.

“Mereka ditahan reman untuk siasatan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009,” katanya di sini, hari ini.

Menurutnya, jika sabit kesalahan mereka boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali ganda jumlah suapan.

-Harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");