Membawang Hari Ini

‘Pelajaran perlu diutamakan’

Populariti anak penyanyi Tomok di laman sosial Instagram tidak perlu disangkal lagi.

Kepetahan dan telatah dua anak lelakinya terutama anak sulung, Arrianshah Akid membuatkan dia sentiasa menjadi perhatian.

Biarpun baru berusia empat tahun, Arrian mendapat pujian ramai apabila cepat menghafal dan menyanyikan single terbaharu Tomok berjudul Senyuman Manismu.

Menurut Tomok, walaupun baru mendengar lagu itu tiga kali, Arrian sudah menghafal liriknya.

“Sebenarnya Arrian seorang yang cepat menghafal. Saya sentiasa berdoa dia membesar dengan baik. Namun, pelajaran perlu diutamakan walaupun minatnya nanti ke arah nyanyian,” katanya.

Seorang lagi anaknya, Andrashah Iman yang kini berusia setahun.

Ditanya mengenai cara didikan Tomok dan isteri terhadap anak yang berkesan sehingga membesar dengan baik, Tomok berkata, didikan yang diberikan sama seperti orang lain.

“Arrian banyak belajar dengan isteri kerana dia tidak bekerja. Sebenarnya cara didikan kami sama saja, cuma kelebihannya ialah mereka cepat tangkap dengan apa yang diajar.

“Insya-Allah tahun depan saya akan menghantar Arrian ke tadika. Tidak sabar rasanya nak dengar pengalamannya nanti,” katanya.

Mahu cari pelapis dalam Mentor Milenia

Tomok kini terbabit sebagai mentor dalam musim kedua program realiti Mentor Milenia bersama Akim, Black dan Hazama.

Tomok yang menggantikan tempat Azlan The Typewriter berkata, paras rupa bukan keutamaan sebaliknya dia lebih mengutamakan bakat yang mampu menguasai pelbagai teknik nyanyian dengan baik.

Tomok berkata, pentas Mentor Milenia juga dijadikan platform mencari penyambung bakat seninya, tetapi tidak akan sesekali membiarkan mereka menjadi bayangan dirinya.

“Saya tidak mencari jelmaan Tomok, sebaliknya mahu mereka tampil dengan gaya dan personaliti tersendiri. Itu yang akan saya nilai untuk menjadi anak didik saya nanti. Selain itu mestilah berpenampilan menarik sebagai pelengkap kemunculan di atas pentas nanti,” katanya.

Selain itu, Tomok turut mencari seseorang yang punya kematangan dalam nyanyian.

Tidak menetapkan jantina yang ingin dicungkil, penyanyi berusia 32 tahun ini lebih mementingkan kriteria yang ditetapkannya dalam mencari pelapis.

“Saya inginkan kelainan kerana mahu mencari yang terbaik sebagai pelapis industri muzik. Saya mempunyai pasukan tersendiri yang akan menilai persembahan setiap peserta untuk melayakkan mereka melangah ke peringkat seterusnya.

“Sekadar boleh menyanyi tetapi tidak mempunyai penampilan yang bagus, belum cukup menarik perhatian saya. Saya mahu mencari dua atau tiga bakat baru yang boleh digilap dengan baik dan mempunyai penghayatan ketika mengalunkan lagu,” katanya.

-Harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");