Membawang Hari Ini

Pelakon Star Wars diserang sakit jantung

KEADAAN pelakon Hollywood, Carrie Fisher yang popular dengan watak Princess Leia dalam filem Star Wars masih lagi tidak diketahui setelah serta aktress tersebut kini berada di unit rawatan rapi, Pusat Perubatan UCLA lapor E news.

Abangnya, Todd Fisher melaporkan setakat ini masih tiada sebarang maklumat yang diterima daripada doktor mengenai keadaan aktress itu.

“Carrie ada di unit rawatan rapi, itu sahaja yang boleh saya beritahu, saya sendiri tidak belum berjumpa dengan doktor lagi.

“Saya masih lagi berada di hospital buat masa ini. Semoga lepas ini saya dapat berjumpa dengan doktor untuk mendapat info mengenai apa yang telah berlaku,” katanya.

Sebelum ini, aktress tersebut telah dibawa ke Pusat Perubatan itu pada Jumaat Lepas setelah terkena serangan jantung semasa dalam Penerbangan dari London ke Los Angeles, kira-kira 15 minit sebelum pesawat tersebut dijadualkan mendarat.

Ketika sampai di bandar tersebut, paramedik sudah bersedia untuk memberikan bantuan pernafasan dan rawatan kepada beliau sebelum dibawa ke hospital.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");