Sukan Hari Ini

Peluang bangkit di Dubai

Kuala Lumpur: “Ini peluang mereka untuk bangkit semula.”

Demikian pandangan jurulatih beregu wanita Lim Pek Siah selepas Vivian Hoo-Woon Khe Wei layak beraksi di Siri Super Final di Dubai bermula 14 Disember ini.

Mereka yang pada awalnya tidak layak secara merit akhirnya berpeluang beraksi di Dubai selepas gandingan Indonesia Nitya Krishinda Maheswari-Greysia Polii menarik diri berikutan kecederaan lutut menimpa Nitya.

Bagi Pek Siah, peluang itu harus dimanfaatkan sebaik-baiknya Vivian Hoo-Khe Wei meskipun cabaran di Dubai sememangnya sukar.

“Cabaran di sana sememangnya sangat sukar kerana hanya gandingan terbaik akan beraksi.

“Harap mereka dapat melakukan kejutan nanti,” katanya ketika ditemui semalam.

Pek Siah berkata, beliau sendiri tidak menjangka Vivian-Khe Wei memperoleh tiket saat akhir untuk beraksi di Dubai.

“Tapi sebenarnya mereka sememangnya ada kualiti untuk beraksi di tahap tertinggi.

“Cuma sebelum ini kelihatan seperti hilang keyakinan selepas sering kali tewas kepada pemain ternama dunia,” katanya.

Kehadiran Vivian-Khe Wei menyaksikan Malaysia mempunyai tiga wakil di Dubai selepas jaguh perseorangan negara Datuk Lee Chong Wei serta beregu lelaki Goh V Shem-Tan Wee Kiong.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");