Jenayah

Pemancing dikhuatiri lemas

Kota Kinabalu: Seorang pemancing dikhuatiri lemas selepas bot dinaikinya ditemui karam dan terbalik berhampiran perairan Semarang, Labuan, semalam.

Dalam kejadian jam 4.30 petang, mangsa dikenali sebagai Mohd Helmi Otong yang berusia lingkungan 20-an, didakwa hilang ketika keluar memancing di perairan itu sebelum Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) melancarkan operasi menyelamat (SAR) di lokasi berkenaan.

Pengarah Maritim Wilayah Sabah dan Labuan Laksamana Pertama Maritim Mohd Zubil Mat Som berkata, operasi SAR diaktifkan pada jam 1 pagi hari ini dengan membabitkan KM Bistari dan dibantu oleh KD Ganas milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

“Berdasarkan maklumat awal, pengadu mendakwa salah seorang kru bot pancingnya dilaporkan hilang di perairan berkenaan ketika keluar memancing.

“Bot dinaiki mangsa dipercayai terbalik dan ditemui di perairan berkenaan pada jam 4.30 petang namun mangsa masih belum dapat ditemui,” katanya.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");