Jenayah

Pemandu bas didakwa bunuh kekasih

JOHOR BAHRU – Seorang pemandu bas kilang didakwa di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas pertuduhan membunuh teman wanitanya di Taman Scientex dekat Pasir Gudang, di sini, bulan lepas.

M Siva Sangker, 32 didakwa membunuh V Dunga Devi yang bekerja sebagai tukang cuci di Jalan Kancil 1, Taman Scientex dekat Pasir Gudang, di sini, kira-kira 12.15 tengah hari, 21 November lepas mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Tiada pengakuan direkodkan oleh Siva yang berpakaian lokap berwarna jingga.

Namun, dia hanya mengangguk faham sejurus pertuduhan dibacakan terhadapnya dalam bahasa Tamil di hadapan Majistret Nur Aisyah Ahmad.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Fithril Hakim Ab Jalil, manakala tertuduh diwakili peguam G K Sritaran.

Nur Aisyah kemudiannya menetapkan 6 Februari ini untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan bedah siasat.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");