Isu Panas

Pembangkang tanam politik kebencian

KOTA BHARU 26 Dis. – Tindakan pihak pembangkang menyerang pelbagai program yang dilaksanakan untuk rakyat terutama Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) adalah semata-mata untuk menanamkan politik kebencian.

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, politik kebencian itu digunakan sebagai alat untuk mencapai kepentingan peribadi biarpun akan memusnahkan negara.

Beliau berkata, pihak pembangkang akan terus menyerang bagi melemahkan kerajaan walaupun program yang dilaksanakan memberi faedah dan keuntungan kepada rakyat.

“Saya fikir sudah sampai masanya kita berhenti daripada polemik politik kebencian dan kepentingan peribadi.

“Mereka akan terus menyerang kerana pembangkang sedar apa yang dilaksanakan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak adalah untuk rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikan dalam sidang akhbar selepas Majlis Penyampaian Bantuan Awal Persekolahan Yayasan Pelajaran Mara di Kompleks Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK) di sini hari ini.

– UTUSAN ONLINE

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");