Sukan Hari Ini

Pemilik Leeds United didenda RM1.39j

LONDON: Pemilik kelab Leeds United, Massimo Cellino digantung selama 18 bulan oleh Persatuan Bola Sepak Inggeris (FA) dan denda STG250,000 (RM1.39juta).

Jutawan kelahiran Itali itu dihukum kerana melanggar peraturan ejen membabitkan penjualan penyerang, Ross McCormack kepada satu lagi kelab Liga Kejuaraan, Fulham pada 2014.

“Mr Cellino sudah digantung selama 18 bulan daripada menjadi pengarah atau pengarah bayangan kepada Leeds United atau mana-mana kelab bola sepak atau syarikat yang terbabit dengan aktiviti membabitkan pemilikan kelab bola sepak,” kata FA dalam satu kenyataan, semalam.

“Pada 30 April 2017, dia perlu menghadiri dan melengkapkan program pembelajaran FA membabitkan tugas dan tanggungjawab sebagai pemilik dan pengarah kelab bola sepak Inggeris.”

Ini kali ketiga, Cellino, 60 digantung sejak mengambil alih Leeds pada April 2004.

Penggantungan itu akan bermula pada Februari sehingga September 2018. Selain itu, Leeds turut didenda STG250,000 (RM139juta) manakala ejennya, Derek Day didenda STG75,000 (RM417,352) dan digantung selama 18 bulan.

Minggu lalu, ahli perniagaan Itali, Andrea Radrizzani berkata pihaknya sedang menjalani “rundingan mendalam” bersama Cellino untuk membeli 50 peratus saham kelab itu sebagai perancangan untuk mengambil alih sepenuhnya pada tahun depan.

Leeds yang ketika ini berada di kedudukan keempat di Liga Kejuaraan akan berkunjung ke Brighton and Hove Albion yang menghuni tangga kedua liga, hari ini. – Reuters/berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");