Isu Panas

Pemuda GERAKAN Pulau Pinang bidas keputusan naik kepadatan rumah

GEORGETOWN: Pemuda GERAKAN Pulau Pinang membidas tindakan kerajaan negeri yang menaikkan had kepadatan pembinaan rumah mewah berstrata.

Pemangku Ketuanya, Jason Loo, menyifatkan keputusan yang dibuat pada Oktober lalu itu akan mengakibatkan kesesakan lalu lintas yang lebih meruncing di negeri ini.

Selain itu, katanya, keputusan itu juga secara tidak langsung menindas penduduk berpendapatan rendah yang belum memiliki rumah sendiri serta turut menguntungkan pemaju.

“Peningkatan had kepadatan bagi kediaman mewah berstrata daripada 87 unit kepada 128 unit per ekar ini adalah tidak relevan kerana 49 peratus rakyat di negeri ini berpendapatan kurang RM4,000.

“Tindakan kerajaan negeri ini juga antara lain tidak mampu mengatasi masalah kekurangan penawaran unit rumah mampu milik, kos rendah atau sederhana rendah yang secukupnya kepada rakyat,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.-berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");