Jenayah

Pemuda hilang dua minggu ditemui selamat

KUALA TERENGGANU – Seorang pemuda yang dilaporkan hilang kira-kira dua minggu lepas di Kampung Losong Atap Zin di sini, ditemui selamat malam tadi.

Mangsa Muhamad Anuar Elias, 34, dijumpai kira-kira 7.45 malam di bawah pokok rengas berhampiran lokasi beliau dilaporkan hilang.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintendan Suffian Sulaiman berkata, mangsa ditemukan dalam keadaan lemah oleh penduduk kampung kira-kira 50 meter dari bangsal yang didiami mangsa sejak lapan tahun lalu.

“Muhamad Anuar dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu untuk rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Muhamad Anuar yang juga seorang buruh dilaporkan hilang pada 27 November lepas. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");