Jenayah

Penagih tekad terjun Sungai Rasau

KUANTAN: Lapan lelaki dipercayai penagih dadah, sanggup berdepan dengan risiko apabila tekad terjun ke dalam Sungai Rasau bagi mengelak ditahan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), petang kelmarin.

Mereka nekad untuk meloloskan diri dengan cara sedemikian meskipun air sungai ketika itu dalam dan berarus deras.

Bagaimanapun, kesemua individu tersebut dilihat selamat menyeberangi sungai tersebut.

Ketua Pegawai AADK Daerah, Nor Haffiza Ibrahim berkata, pihaknya terkejut melihat tindakan berani lapan individu berkenaan yang sanggup terjun ke dalam sungai itu.

“Ini adalah taktik mereka bagi mengelak daripada ditahan pihak AADK,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Menurutnya, operasi diketuai pegawai Mohd Dol Shaufi Nazri bersama lapan anggota telah membuat pemeriksaan di lima kawasan iaitu Cenderawasih, Indera Mahkota, Bukit Goh, Panching dan Sungai Rasau.

Katanya, hasil daripada operasi tersebut, pihaknya berjaya menahan empat lelaki berumur 32 hingga 38 tahun di sebuah rumah di Cenderawasih dan Indera Mahkota secara berasingan.

“Mereka yang ditahan didapati positif dadah methamphetamine dan morfin hasil pemeriksaan air kencing yang dijalankan ke atas mereka,” katanya.

Dalam pada itu, Nor Haffiza memberitahu kesemua mereka telah dibawa ke pejabat AADK untuk tindakan lanjut.

Tambahnya, operasi itu diadakan sebagai usaha untuk memerangi dadah habis-habisan di daerah ini.

“Untuk ke arah sifar dadah, pihak kami akan sentiasa menjalankan operasi dan kempen pencegahan secara berterusan di beberapa tempat lagi khususnya di kawasan berisiko tinggi di mukim Kuala Kuantan 1 dan 2,” katanya.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");