Jenayah

Penembak hendap kembali

Sungai Buloh: Kejadian penembak hendap yang pernah menggemparkan negara sebelum ini muncul kembali apabila dua lelaki ditembak selepas menjamu selera di sebuah restoran.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam kelmarin, mangsa yang juga bersahabat baik itu berada di premis yang terletak di Kampung Baru Sungai Buloh, di sini.

Sumber berkata, mangsa baru selesai makan malam di restoran itu sebelum berjalan ke arah kereta yang diletakkan kira-kira 200 meter dari restoran berkenaan.

Menurutnya, dua lelaki menunggang motosikal dan memakai topi keledar berpenutup penuh penuh tiba-tiba muncul menghampiri mangsa.

“Mereka melepaskan beberapa das tembakan dari jarak dekat ke arah mangsa sebelum meninggalkan lokasi kejadian.

“Kedua-dua mangsa cedera ditembak di bahagian kaki dan badan. Mereka kemudian dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh oleh orang awam yang menyaksikan kejadian itu,” katanya kepada Harian Metro.

Difahamkan mangsa masing-masing berusia 34 dan 39 tahun itu masih menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Dr Abdul Aziz Awang Darus ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memberitahu mangsa kini berada dalam keadaan stabil.

“Operasi memburu kedua-dua suspek sedang dijalankan dan motif kejadian masih dalam siasatan,” katanya.

Dalam kejadian 6 Julai lalu, seorang ahli perniagaan, Datin Renyce Wong Siew Ling, 32, ditembak mati dua lelaki bermotosikal dari jarak dekat di Taman OUG, Jalan Klang Lama, di sini.

Dalam satu lagi kes, seorang lelaki berusia 43 tahun ditembak sebanyak 10 das ketika memandu kereta di persimpangan lampu isyarat di Jalan Taman Ibukota di Setapak di sini, 27 Julai lalu.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");