Perak Hari Ini

Penggunaan Bahasa Rojak, Satu Malapetaka Budaya Serius – DS Zambry

PANGKOR : Penggunaan bahasa yang ‘disemberonokan’ dan dirojakkan dalam dunia serba moden pada hari ini diibaratkan satu malapetaka budaya yang serius, tegas Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Zambry berkata, kemodenan teknologi komputer dan alam siber menyebabkan masyarakat sering tersasar hingga kadang kala tidak membezakan yang ‘real’ dan ‘virtual’.

“Hasilnya, kehidupan menjadi kompleks, kadang-kadang mekanikal dan robotik. Acapkali bahasa juga turut disemberonokan. Bahasa sudah dirojak dan dipasemborkan serta ramai orang Melayu yang sudah tidak fasih dengan bahasa ibundanya sendiri.

5

“Pada hari ini, sudah jarang kita temui orang Melayu yang menggunakan Bahasa Melayu sepenuhnya, termasuk pegawai kerajaan dan para menteri. Ini adalah malapetaka budaya yang amat serius.

“Apatah lagi, ada kalangan yang menganggap mencampur adukkan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris itu sebagai satu status simbol alaf baru. Akhirnya, di sana tidak, di sini pun tidak. Ingatlah, kalau kita tidak berasa malu kepada orang, kita harus berasa malu kepada bahasa,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Hadiah Karya Darul Ridzuan bersempena dengan Festival Puisi dan Lagu Rakyat (PULARA) 2016 yang diadakan di SMK Pangkor, di sini, malam tadi.

Turut hadir, Exco Kerajaan Negeri, Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi dan karyawan dari dalam serta luar negara.

Dalam majlis tersebut, Zambry turut menyampaikan hadiah kepada pemenang HKDR ke lima selain daripada mendeklamasikan puisi bertajuk ‘Siapakah Engkau?’ hasil karyanya sendiri.

1

Turut diadakan ialah peluncuran tujuh buah buku iaitu Pawana Pangkor, Kumpulan Puisi Bandar-Bandar di negeri Perak dan Cer Cerita oleh Zambry.

Buku lain ialah Jejak Temasik II, Narasi Tentang Tan Sri, Merenungi Dunia Naratif Malim Ghozali PK dan Malim Nawar Telah Kupinjam Namamu.

Terdahulu, seramai 120 penggiat sastera dan seni dari 20 negara hadir dalam PULARA 2016 yang memasuki tahun ke tujuh penganjurannya.

Zambry berkata, masih banyak perkara perlu dilakukan untuk mengembalikan kegemilangan Bahasa Melayu yang pernah menjadi ‘lingua franca’ di rantau ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");