Jenayah

Pengurus kilang rentung dalam kemalangan

BUTTERWORTH – Seorang pengurus kilang rentung apabila keretanya terbakar selepas melanggar sebuah lori di Lorong Perindustrian 2, Kawasan Perindustrian Perai di sini malam tadi.

Yong Peng Foo, 53, rentung setelah terperangkap di dalam kereta Honda City yang dipandunya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Perai Timbalan Penguasa Bomba A’azelan Hassan berkata kejadian dilapor pada 11.35 malam.

“Kereta mangsa tersepit di belakang lori dan hampir 70 peratus di bahagian hadapan kereta itu terbakar. Mangsa tidak sempat diselamatkan kerana api marak terlalu cepat,” katanya di sini hari hari ini.

Beliau berkata anggota bomba dan penyelamat mengambil masa hampir 30 minit untuk mengawal dan memadam kebakaran itu.

Mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");