Jenayah

Perangai tak senonoh!

Johor Bahru: Perbuatan seorang lelaki merakam punggung wanita berusia 20-an menggunakan kamera telefon bimbit mengundang padah apabila dia dibelasah oleh orang awam di sebuah pusat beli-belah di bandar raya ini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh berkata, perbuatan suspek yang bekerja sebagai juruaudit jam 9.40 malam itu disedari rakan mangsa yang menegur hingga menyebabkan suspek melarikan diri.

“Suspek melarikan diri apabila perbuatannya disedari, namun orang ramai yang berada di lokasi kejadian menghalang sebelum menangkapnya dan memukulnya.

“Suspek cedera teruk di bahagian kepala, muka dan kini ditahan di wad Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini untuk rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga lima tahun atau denda atau dengan kedua-duanya sekali.

“Polis mengucapkan terima kasih atas kerjasama orang ramai membantu membuat tangkapan. Bagaimanapun orang awam tidak boleh meletakkan undang-undang di tangan sendiri dengan memukul suspek.

“Sepatutnya tangkapan hendaklah diserah kepada pihak polis untuk siasatan dan orang ramai dinasihat tidak menggunakan kekerasan yang melampau dengan sewenang-wenangnya dalam tangkapan suspek,” katanya.

Sulaiman berkata, sekiranya dalam siasatan, dapat membuktikan ada individu bertanggungjawab menggunakan kekerasan yang melampau, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

“Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau dengan sebab atau dua daripada hukuman berkenaan. Dalam melakukan tangkapan, orang ramai dinasihat tidak mengambil tindakan mengikut perasaan dan melampaui batasan.

“Pihak polis akan menyiasat dengan telus dan mengambil tindakan mengikut undang-undang yang diperuntukkan,” katanya.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");