Berita Hari Ini

Perbaharui FC mulai 1 Januari 2017

Seremban: Semua premis di Negeri Sembilan perlu memohon dan memperbaharui Sijil Perakuan Bomba (FC) menggunakan Sistem Sokongan Elektronik Pelesenan Perniagaan (BLESS), mulai 1 Januari 2017.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Norazam Khamis berkata, BLESS diperkenalkan bagi memudahkan pemilik premis mendapatkan FC kerana permohonan dibuat secara dalam talian.

Menurutnya, mengikut rekod sebanyak 315 premis di negeri ini diwajibkan untuk memiliki FC.

“Sembilan kategori premis yang wajib memiliki FC iaitu perpustakaan, hospital, hotel, asrama penginapan, pejabat, kedai, kilang, tempat perhimpunan serta restoran dan am.

“Jika gagal memiliki dan memperbaharui FC, pemilik premis akan dikenakan tindakan mengikut Seksyen 33 Akta Perkhidmatan Bomba 1988 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Kursus BLESS kepada pemilik premis, di sini, hari ini.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");