Sukan Hari Ini

Persatuan Hoki Veteran Selangor terima tajaan jersi

SHAH ALAM – Persatuan Hoki Veteran Selangor menerima tajaan jersi dari Syarikat Tiang Seribu Sakhti Sdn Bhd bagi membolehkan pasukan veteran tersebut menyertai mana-mana kejohanan dengan lebih bersemangat lagi.

Pengarah syarikat tersebut, Datuk Wan Akiylah Wan Shapuddin berkata, sumbangan tersebut merupakan sebahagian dari Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) pihaknya bagi menggalakkan budaya bersukan dalam kalangan ahli sukan veteran.

“Selain dari aktiviti CSR melibatkan kerja-kerja amal di seluruh negara dan di luar negara kita juga menyumbang kepada kegiatan seperti sukan dengan sumbangan jersi melibatkan skuad hoki veteran negeri ini,” katanya kepada pemberita pada Majlis Penyerahan Jersi di Hotel Concorde di sini baru-baru ini.

Wan Akiylah berkata, sebelum ini pihaknya terlibat dengan kerja-kerja CSR yang melibatkan kerja kebajikan namun mula terlibat dengan tajaan di bidang sukan memandangkan ia bidang yang mempunyai kebaikan tersendiri.

Katanya lagi, sukan hoki merupakan sukan yang membawa nama Malaysia ke mercu dunia dan semangat bekas pemain-pemain yang pernah mewakili negara, negeri dan kelab untuk terus bermain amat membanggakan.

“Semangat skuad hoki veteran ini perlu dicontohi kerana terus aktif walau sudah bergelar veteran dan sikap sebegini mendorong pihak kami memberi tajaan jersi yang mereka perlukan,” katanya.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");