Sukan Hari Ini

Persiapan venue pertandingan lancar

Kuala Lumpur: Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Datuk Low Beng Choo (gambar) yakin semua venue pertandingan Sukan SEA 2017 akan siap sedia untuk digunakan termasuk Stadium Nasional, Bukit Jalil yang kini dalam proses penambahbaikan menerusi projek Bandar Sukan Kuala Lumpur (KL Sports City).

Menurutnya, pihaknya tidak bimbang kerana setakat ini semua projek pembinaan dan penambahbaikan venue temasya sukan dwitahunan itu dilaporkan mengikut jadual.

“Saya dimaklumkan projek terbabit akan siap Julai depan. Ini projek nasional, agenda nasional jadi sudah pasti semua pihak akan memastikan venue pertandingan akan siap untuk kegunaan Sukan SEA nanti,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat bersama pengurus pasukan semalam.

Projek Bandar Sukan Kuala Lumpur di Bukit Jalil itu turut membabitkan naik taraf Pusat Akuatik Nasional, Stadium Hoki Nasional dan Stadium Putra manakala venue pertandingan lain seperti Velodrom Tertutup di Nilai bagi acara berbasikal juga masih dalam pembinaan.

Menurut Beng Choo, bukan saja dari aspek venue malah mereka turut mempunyai ‘pelan B’ andai berlakunya masalah lain dalam penganjuran Sukan SEA akan diadakan pada Ogos depan.

“Bukan saja venue, kita juga ada ‘pelan B’ untuk semua perkara dalam menganjurkan temasya terbesar ini. Apa pelan itu saya tak boleh dedahkan kerana nanti dijadikan spekulasi,” katanya.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");